Wednesday | December 27, 2006

Adsense dan Affiliate

PENDAPATAN SAMPINGAN MELALUI ADSENSE DAN AFFILIATE
Kingaffiliate.com adalah salah satu website yang menyediakan mediumuntuk menjana pendapatan yang lumayan melalui internet. Ramai yang tidak mengetahui cara untuk mendapat pendapatan melalui internet. Banyak program yang boleh menjana pendapatan yang lumayan tetapi website ini menekankan 2 cara untuk mendapat pendapatan lumayan melalui internet iaitu Adsense dan Affiliate. Dengan 2 cara ini anda akan mendapat pendapatan yang amat lumayan dalam masa yang amat singkat. Ramai yang sudah menyertai dan sekarang giliran anda untuk menyertai program ini.
ADSENSE

Google Adsense  adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik laman web yang memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, jika terdapat pelayar laman web tersebut klik pada iklan itu, barulah google akan membayar pemilik laman web tersebut. Iklan-iklan yang dipaparkan dibahagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklan-iklan yang berbayar. 

Program adsense, google telah membuka peluang pengiklanan tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula. Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website google, kini, iklan-iklan berbayar tersebut boleh dipaparkan di website anda. Jika dulu google yang mendapat wang apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut, tetapi kini, anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai mengklik iklan-iklan tersebut.

Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklan-pengiklan itu, tidak lah 100% masuk ke dalam poket anda. Google sebenarnya telah memecahkan wang tersebut kepada 2 bahagian. Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya

AFFILIATE

Affiliate adalah satu program pemasaran yang sah dan sangat berkesan di Internet dan mempromosikan sesuatu produk atau service di website anda. Affiliate adalah ejen jualan untuk sesuatu produk. Mereka akan dibayar apabila mereka menjual sesuatu produk, biasanya dalam bentuk komisen.Lebih banyak yang mereka jual, lebih banyak yang mereka perolehi.Mempromosikan sesuatu produk pihak lain di website anda boleh menjana pendapatan anda yang lumayan.

Affiliate berbeza berbanding Adsense ini kerana jika ada pengguna membeli produk melalui dari website anda, anda akan memperolehi komisen yang banyak berbanding adsense. Anda boleh menyertai seberapa banyak program affiliate yang ada di internet. Sekarang di internet anda boleh mempromosikan pelbagai - bagai produk affiliate, ini kerana sudah banyak syarikat menawarkan program affiliate di Malaysia mahupun luar negara.

Oleh demikian kingaffiliate menjemput anda untuk menyertai pelbagai program adsense dan affiliate secara percuma yang disediakan di dalam web ini.. Anda hanya perlu klik pada setiap button yang disediakan dan mendaftarkan diri ke dalam program tersebut ..ianya adalah percuma... Cepat bertindak...Jangan lepaskan peluang menjana pendapatan secara percuma..
Posted by auranusyrah at 08:56:00 | Permanent Link | Comments (0) |
Comments